Semasa aku berjalan-jalan di google aku terserempak dengan gambar ini.Betulker blogger itu seorang yang menakutkan?Pernah tak anda atau kawan-kawan anda ataupun musuh-musuh anda yang mempunyai blog mengalami situasi mati pucuk?mati akal,mati kutu ataupun mati-mati yang seangkatan dengannya?
Sebenarnya terdapat beberapa situasi dimana seseorang blogger itu telah membuat jadual sehari satu entry untuk mengelakkan follower ataupun traffic menurun.Pada pendapat aku,bila kita sendiri telah meletakkan syarat sehari satu entry atau sehari dua entry kita telah kehilangan nikmat berblogging.Sebenarnya aku pernah mengalami situasi tersebut apabila aku meletakkan syarat untuk mengemaskini blog sehari sekurang-kurangnya satu entry dan apabila berlakunya situasi mati akal,memang tension tahap dewa kerana aku rasa seperti terpaksa menulis.Hasilnya beberapa penulisan aku sebelum ini seperti rasa nak kena pelempang jer.
Setelah hampir setahun berblogging,sekarang aku tidak menetapkan sehari berapa entry.Aku menulis apabila mempunyai idea.Itu adalah lebih baik daripada aku menulis merepek-repek tak tentu pasal.Aku teringat pesanan sahabat blog aku masa aku mula-mula berblogging
"bro,jangan kejar nuffnang sebab nanti kita akan kehilangan nikmat berblogging"
Alhamdulillah,berkat tunjuk ajar beliau dan beberapa rakan blogger yang lain,aku masih berada dalam dunia maya ini.Kawan aku tu dah menjadi otai,takleh lawan penulisan dia.Blogger perlukan idea,mana nak cari idea?Idea boleh datang dari banyak cabang antaranya bermimpi,melalui pengalaman,melalui isu semasa dan cerita tentang makanan atau resepi2 rahsia pun boleh.
Tips apabila kehilangan idea?Senang sahaja ikut langkah dibawah,:
@Terdapat sebuah bulatan(hanya untuk window 7) di sebelah kiri bawah laptop anda?
@Tekan bulatan tersebut
@Kemudian apabila keluar kotak yang berukuran 7-8cm lebar(aku agak) ada satu segiempat yang tertulis "shutdown",
@Tekan butang tersebut dan secara automatiknya komputer anda akan keluar black screen.
@Lepas itu,capai kunci kenderaan anda dan keluarlah berjalan-jalan,membeli belah atau bersukan,nascaya apabila anda balik anda sudah mempunyai idea untuk menulis.
