o-Usia Anda Berblogging?
Still baru..Hampir 1 Tahun 1 Bulan. Kalau ikut usia bayi,masih baru belajar merangkak(betul ker bayi merangkak 1 tahun lebih?)Tak sure sebab takde anak lagi.Masih BUJANG!!!!
oSapa mempengaruhi anda untuk membuat blog?
Bukan mempengaruhi tapi lebih kepada dicabar 3 orang roomate aku.Dia cakap budak IT takde blog macam kentut takde bunyi..Sapa ajar dia peribahasa tu entah. Lagi pun aku asyik kutuk diorang dengan nama samaran "blogger" sampai diorang rimas.Last skali diorang cabar kalau lepas aku create blog dan aku tak ketagih,diorang pun akan stop berblogging..Hasilnya......diorang menang..aku ketagih sampai sekarang..
oPerkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog?
Blogspot.Mindset daripada aku baru start pegang komputer blog mesti guna blogspot walaupun banyak lagi hosting lain macam Joomla,Wordpress dan bla..bla..bla..
oMereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog?
Blog yang mula-mula aku bukak masa aku kecik dulu ialah......tak ingat...tapi masa aku mula-mula berblogging blog cik epal,melromeo dan ayudeathwish.Aku baca ketiga3 blog ni aku baca 2,3 bulan sebelum aku ada blog so,boleh dikatakan diorang ni sumber inspirasi aku.
oBagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT?
Blog bukan hanya diari maya tapi penulisan seseorang tentang sesuatu dan berita paling pantas aku rasa datang dari blog dan tips komputer,resepi masakan dan macam-macam lagi anda akan jumpa didalam blog.
oDalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
Just 1 words...YES...
Macam yang aku cakap tadi berita paling pantas adalah dari dunia blog sebagai contoh proton pahlawan,inspira semuanya aku perolehi dari blog dan dengan blog jugak aku boleh mengetahui keputusan perlawanan bola sepak dan keputusan pilihan raya.Senang cakap setiap hari aku klik blog aku dulu daripada akhbar online sebab kalau aku tak menulis,sahabat aku akan menulis tentang perkembangan semasa dan aku akan lebih bermotivasi lepas baca komen positif rakan-rakan blogger setiap kali aku ada masalah.
~Tammat~