head

Nuffy

Showing posts with label teladan. Show all posts
Showing posts with label teladan. Show all posts

Friday, December 11, 2009

Jangan berlagak

Hari Jumaat


Hari baik ni aku tak buat entry berbentuk humor,macam biasa hari jumaat entry lebih kepada
kisah-kisah teladan.Jangan gelak lak baca entry kisah teladan,kita kena serius.Sebenarnya kisah
yang aku nak cerita ni adalah kisah sebenar dan bukan rekaan tapi oleh kerana aku ubah nama, tempat dan beberapa maklumat lain,jadi kisah ni jadi kisah separa benar.Maklumat betul aku tak bole bagi sebab menjaga sensitiviti dan perasaan kawan2(kot2 dia baca).


Kisah bermula....

Kisah ni terjadi beberapa tahun yang lepas,1 keluarga terdiri daripada ibu,bapa dan anak 3 orang. Anak kedua dia amir(bukan nama sebenar) ni kawan baik aku.Abang dia,Aizat(nama tipu jugak),aku kenal la, sebab aku selalu pegi umah dia.Amir dengan aizat ni dah keja,tinggal adik dia jer belajar lagi.Si Amir ni memang anak yang baik la,dapat duit gaji jer dia belanja family dia,si abang ni lak simpan jer duit untuk diri sendiri,bukan kedekut,tapi simpan duit nak kawin sebab dia dah bertunang

Ayah diorang ni pesara kerajaan,tak berapa sihat,so bila nak pegi market ker,balik kg ker,hantar adik tusyen ker,ape2 ker,dia mintak tolong dengan anak2 dia.Tapi yang bole di harap ni kawan baik aku jer,sebab si abang ni rajin keluar dengan kawan2,so ayah dia ni selalu la marah2 dengan aizat ni.Aizat ni lak jenis kuat melawan.

Satu hari tu,ayah ni beli la kereta(proton saga model mula2)2nd hand la.Ayah diorang cakap,beli kereta ni senang la korang hantar adik ker emak ker pg mana2,tapi aizat ni guna kereta tu pegi jumpa kwn2,so bila nak antar adik tusyen kena call suruh dia balik,lepas tu kena membebel la sikit.

Last2 si aizat tension,dia beli kereta sendiri,pastu cakap kat bapak dia,dia takkan guna harta bapak dia sebab bapak dia selalu marah2. Si ayah dengan mak ni pun terguris jugak la bila aizat ni cakap macam tu.So kwn aku si amir ni la kena hantar diorang pegi mana2. Aizat ni lak,balik umah untuk tidur jer,pastu keluar(konon mogok skit)

So di pendekkan cerita,beberapa tahun lepas tu,ayah diorang ni meninggal.Si abang ni sedih jugak la,tapi ego dia tetap ada,yang dia takkan gunakan harta ayahnya.Tapi Allah maha kuasa,tiba2 abang dia kena buang kerja,2,3 bulan menganggur,kereta kena tarik.Duit yang dia simpan untuk kawin pun dah abis,tunang dia dah bising sebab dah bertunang 2 tahun tapi tak dengar cerita nak kawin2.

Memang aizat ni kena uji betul2 la,Last skali mak dia bagitau,arwah ayah dia memang ada simpan duit untuk si aizat ni kawin dan dengan kereta arwah ayah dia ni lah dia cari kerja.Amir member aku ni dapat kerja lagi bagus,dia beli kereta lain.Kereta arwah ayah ni,si aizat ni lah
yang guna. Baru lah si abang ni menyesal tak sudah.Dah la pakai kereta ayah dia yang konon dia tak nak naik tu,kenduri kawin pun pakai duit ayah.


Tapi syukur la sebab aizat ni dah insaf,hari raya hari tu pun dia tolong buat ketupat,dah ada anak sorang pun.Sampai sekarang pun dia guna kereta tu.


p/s:sekarang diorang dah ok

p/s:sori la..tulisan buruk+jalan cerita tak best sebab nak cari idea nak pendekkan cerita dgn maklumat kena cover2.

p/s:next time aku suruh pemilik cerita jadi penulis undangan.