head

Nuffy

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Friday, September 24, 2010

Episod Terakhir Epilog Syurga Cinta Macam Hampeh

Kepada yang rasa episod terakhir Syurga Cinta tu touching abis,aku taknak kata apa-apa kerana setiap orang mempuanyai pandangan peribadi masing-masing.Bagi aku seperti yang aku katakan pada entry aku yang lepas tentang Epilog Syurga Cinta, nampaknya Epilog Syurga Cinta tak dapat menandingi kehebatan filem Syurga Cinta walaupun filem Syurga Cinta pun dah suam-suam kuku.

Kita boleh rasa cerita itu bagus ataupun tidak bila kalau kita tengok babak orang tengah bercinta,kita akan rasa macam teringin sangat nak bercinta dan bila kita tengok watak perempuan jahat,kita jadi menyampah tengok pelakon tersebut,tapi aku rasa Epilog Syurga Cinta ni tak bawak kesan apa-apa pada aku.

Watak adik Mia Sara dah out walaupun nangis teruk-teruk tapi tak nampak feel.Kita pun tak rasa terlalu terkejut bila dapat tau Mia Sara tu adik kepada Irham dan watak ustaz Riyaan hurm..Ustaz kena belajar bercakap dan berlakon.Jangan mumbling sangat.Ini dah macam kunyah perkataan jer.Watak cikgu Siti Syuhada yang dilakonkan oleh Fida masih banyak kekurangan.Tak nampak macam sedih tapi nampak macam berlakon sedih.

p/s:TV3 dah buat kesilapan besar apabila pengubahsuaian website TV3 menyebabkan webite TV3 semakin berat dan dah tak berapa mesra pengguna.Kalau dulu kita boleh tengok drama online di website TV3 tapi sekarang dah tak boleh dan terpaksa tengok melalui tonton.com.my yang memerlukan pendaftaran dan kurang mesra pengguna.

Saturday, April 10, 2010

Semerah Cinta Stilleto Indah Khabar Dari Rupa


Hari ni macam biasa,setelah aku terlalu tension dengan keje tak siap2,aku ambik tindakan merbahaya,aku pegi enjoy dengan menonton wayang yang bertajuk Semerah Cinta Stilleto..Filem arahan Ahmad Idham dan di bintangi oleh Lisa Surihani(gambar gugel),Farid Kamil sebagai pelakon utama dan dibantu oleh Cat Farish,Shaharudin Tamby,Nanu,Dato'Jamali Shadat dan ramai lagi.
Aku tak berniat nak memburukkan filem tempatan,tapi masih ada ruang untuk memperbaiki filem ni.Jalan cerita boleh dikatakan agak menarik tapi ending kurang memuaskan.Lisa Surihani tetap terbaik sebab aku  adalah "kipas mati keras"(die hard fan) dia.Berusaha lagi Lisa,awak memang sweet,walaupun air muka awak nampak garang tapi saya tau hati awak baik..hehe...(Dia takkan masuk sini)
Aku tak cakap filem ini teruk or sangat teruk,tapi masih ada yang boleh diperbaiki dan jalan cerita boleh jadi lebih menarik.Bagi aku kalau dalam rating 5 star,pandangan peribadi aku,aku rasa 3 setengah bintang.Tapi tak rugi korang tengok sebab boleh menyokong industri filem tempatan.Filem ni diketogorikan sebagai komedi romantik yang agak ringan,sesuai untuk tontonan semua peringkat umur dan kisah cinta pun takdelah meleleh sangat.


p/s:Kepada sesiapa yang mempunyai hasrat untuk menonton filem ni,sila teruskan sebab pandangan kita tak sama,masing2 ada pandangan tersendiri.


Kesimpulan?Kalau korang malas baca kat atas tu,baca ni:
Jalan cerita dia ok tapi macam ada kekurangan.Masih boleh diperbaiki dan taklah teruk pun.Masih boleh dilayan untuk mengisi masa lapang.

To Lisa Surihani:Awak sweet..comel2..kalau termasuk ke blog ni,sila reply yer.;)

Tukar pantun pulak

Kambing itam kencing berdiri,
Keje aku tak siap lagi...

Demmmmmm..