head

Nuffy

Showing posts with label kemalangan bas express. Show all posts
Showing posts with label kemalangan bas express. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

[UPDATED][VIDEO] KEMALANGAN 10.10.10[18SG]

Video kemalangan yang berlaku di kilometer 223 Lebuhraya Utara Selatan ini aku dapat daripada facebook rakan-rakan,tapi video ni aku ambik daripada youtube.Kepada sesiapa yang tidak boleh melihat darah dinasihatkan untuk tidak melihat video ini.

p/s:Pendapat korang kemalangan berlaku akibat kecuaian atau faktor permukaan jalan?

p/s UPDATED:VIDEO KEMALANGAN TELAH DIKELUARKAN DARI YOUTUBE.

Monday, October 11, 2010

Kemalangan Ngeri Bas Express Dan Senarai Nama Mangsa Terkorban


MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

Mangsa terkorban terdiri daripada:
Sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.

@Pemandu bas ekspres R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; 
Penumpang bas ekspres: 
@Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim
@Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas
@Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar
@Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana
@Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini.
Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah:
@Pau Khan Tual, 21
@Kam Khaw Tual, 28
@Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).
Pemandu van:
@Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat
@Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57,
@Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - Bernama
Sumber:kosmo online

p/s:Takziah kepada keluarga mangsa.Semoga mereka tabah menghadapi ujian dari Allah.