KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.
Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Berita lanjut di akhbar Berita Harian
Maklumat ringkas mengenai bas terbalik di Genting Sempah:
Lokasi Kemalangan:KM 38 Genting Sempah.
Terkini:7 maut
Terdiri 44 penumpang belia 4B Kampung Siong Baling
Mangsa Yang Terkorban:
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.
Update:Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, (mati dalam perjalanan ke Hospital Selayang.)
Sumber berita harian

