head

Nuffy

Monday, October 11, 2010

Macam Tak Ada Pelajaran

Hari ini hari terakhir PMR untuk pelajar-pelajar yang tak mengambil mata pelajaran Bahasa Arab, Punjabi, Cina, Tamil dan beberapa bahasa lain.Aku pulak macam biasa abis jer kelas pukul 4 petang,singgah minum petang kat kedai cendol berhampiran dengan sebuah sekolah menengah.Tepat jer jam 4 petang berduyun-duyun mat-mat motor keluar dari sekolah,dah macam kambing keluar kandang.Berpusu-pusu keluar.

Yang tak boleh nak diterima akal,kambing-kambing budak-budak sekolah ni baru jer tamat peperiksaan PMR iaitu Penilaian Menengah Rendah,tapi bawak motor macam orang tak ada pelajaran,macam orang tak pakai otak.Laju jer meluru keluar dari pintu pagar sekolah,ditambah dengan sedikit kebodohan boleh pulak buang silencer kat motor tu dan sesetengah lagi yang terlebih bodoh sikit,sengaja membuat lubang ekzos menjadi lebih besar.

Penat jurutera-jurutera dan makenik-makenik motor memikirkan cara untuk mengurangkan bunyi ekzos supaya tidak menganggu ketenteraman orang lain,tapi korang pandai-pandai jer buang benda yang diorang cipta.Yang tak boleh diterima akal,budak-budak lepas PMR ni umur baru 15 tahun,conform-conform tak ada lesen memandu,kalau masa diorang ni bawak motor laju-laju tiba2 kemalangan,sia-sia jer ambik peperiksaan PMR.

Aku tak paham apa yang cuba ditunjukkan oleh segelintir pelajar PMR kat kawasan perumahan aku ni,adakah dengan membuat bunyi bising dan membawa motor laju-laju menunjukkan soalan yang baru diorang jawab tadi adalah sukar ataupun menunjukkan diorang sudah merdeka dengan tamatnya peperiksaan PMR tadi?Adik-adik yang disayangi,baru abis exam PMR jer pun,ada lagi banyak peperiksaan yang perlu korang tempuh,Andai korang lulus dengan cemerlang peperiksaan PMR ni tapi nyawa korang dah melayang akibat "kebijaksanaan" korang tu,tak ada gunanya.

Jadi,disebabkan korang baru lepas PMR,sila tunjukkan diri tu ada pelajaran dan ada adab sikit.Menganggu kententeraman orang dengan bunyi bising motor yang mak dan bapak korang bagi tu dan bawak moto laju-laju dengan tak mempunyai lesen serius menunjukkan korang macam tak ada pelajaran dan tak ada adab.Harap lepas ni fikir dulu sebelum buat.Bukan nampak macho pun korang bawak moto laju-laju.

5 comments:

z said...

haha.teringat zaman sekolah daa....

BENA said...

budak2 zaman skng kan.

Lia3003 said...

betul3, baru PMR habis, nth2 kalau dah habis spm bawak kete macam dah tahap usler, xpun bunyi2 lagi dahsyat dari moto dorang tu

missgee said...

Budak2 skrg??
kurang menjaga akhlak..
Kurang kesedaran sivik..
Kurang sebab mereka tak guna akal..
hurmmm

aida said...

bising gile bunyi~