Seminggu,Dua minggu lepas aku bukak facebook banyak pelajar yang dengan slumber jer kutuk pensyarah "Pensyarah malas buat kelas","Kelas cancel tak bagitau,buat penat jer datang","Pensyarah ponteng" dan macam-macam lagi lah.
Aku naik muak la dengan orang-orang macam ni.Apsal?Korang tak penah ponteng kelas ker?Korang rasa pensyarah tu suka ker korang ponteng kelas?Come on la..kat facebook memang la ramai yang sokong status tu,sebab korang banyak kawan.Tapi kat real life sori la orang nak respect korang.Belajar hormat pensyarah sebab ilmu dia bagi tak berkat nanti.
Perkara kedua,korang jangan ponteng kelas tak boleh ker?Susah payah mak bapak korang hantar korang kat universiti,keluar duit belanja,bayar yuran korang tapi korang sedap-sedap jer ponteng kelas,pastu bila pensyarah batal kelas last minit nak angin tak tentu pasal.Pensyarah batal kelas sebab dia ada meeting or masalah penting jadi janganlah salahkan dia 100%
Lagi satu,korang buat status kutuk pensyarah kat facebook tu tak terpikir ker kalau pensyarah tu baca?Apa perasan pensyarah tu bila korang memalukan dia kat facebook?Tolong..tolong hormati semua pihak.Kadang-kadang memang ada pensyarah yang layan kita macam kawan sebab umur dia tua 2,3 tahun jer daripada kita tapi pensyarah tetap ada satu level atas daripada level kita sebab diorang ni pendidik.
p/s:Sekian sahaja nasihat dari insan bergelar sahabat.




