head

Nuffy

Wednesday, April 28, 2010

Kalau Beli Burger Mana Yang Lebih Utama?

Terus kepada tajuk,kalau korang beli burger,apa yang membuatkan burger tu sedap?
@Daging burger
@Sos yang digunakan
@Si pembuat burger yang hansem or comel
@Pembalut burger yang cantik

Kalau korang tanya aku,First sekali yang paling utama adalah daging burger,of course keluaran RAMLY masih yang terbaik dan tebal walaupun tidak setebal dulu.Yang Ke-2 sos yang digunakan mestilah sedap.Kalau setakat campur air jer,baik tak payah.Ke-3 pulak si pembuat burger mestilah ramah dan baik.Kalau comel tu satu penarik..

Kenapa aku cerita pasal burger pulak malam2 ni?Sebenarnya cuba korang adaptasi ciri-ciri kat atas dalam dunia blog ni.Bagaimana untuk kita kekal lama dalam dunia blog ni?Sebabnya hampir sama dalam pemilihan burger.

1)Isi atau penulisan kena menarik-
Isi haruslah menarik.korang boleh menilai penulisan korang dengan berpandukan visitor yang masuk ke blog korang.Adakah masa korang review filem,pelawat makin meningkat?atau masa korang cerita kisah cinta korang visitor lebih banyak?Semuanya korang boleh lihat di Nuffnang.
2)Keywords
Kebanyakkan keywords yang digunakan adalah keywords2 yang berbaur lucah.Tapi jangan korang bantai entry lucah pulak.Sebenarnya ni cara yang kurang elok untuk dapatkan traffic tapi,tak salah sebab ini untuk mengumpan pengemar2 "nakal" untuk masuk ke blog korang.
Entry berkaitan isu semasa juga merupakan kelebihan untuk korang mendapatkan traffic.Contoh:Masa drama Nurkasih,keywords2 nurkasih mendapat tempat di hati visitor seperti Tiz Zaqyah,Adam,Ummi Nazeera dan nama2 pelakon lain.Kini giliran Adamaya dan keywords lisa surihani dan lain2 mendapat tempat.

3)Penulis blog
Banyak penulis2 blog yang berjaya bermula dari bawah dan korang harus menjadi blogger yang mesra dan baik hati.Masuk kontest2 yang dianjurkan blogger2 lain merupakan cara korang memperkenalkan diri dan merupakan cara terbaik untuk korang berjaya.Sekiranya korang berkeupayaan,korang boleh anjurkan kontest2 di blog korang.
Cara2 lain adalah join group,join gathering or mini gathering dan promote blog korang kat laman2 sosial yang lain seperti facebook,myspace,friendster dan sebagainya.Kalau korang bernasib baik,korang akan diterjah seperti blog aku yang pernah di terjah oleh Brother Eryqazz. Beliau antara blogger2 fames sekarang.So,rajin2 la berguru dengan dia.

Itu adalah kaitan burger dengan blog.

p/s:Persoalan:Sekiranya korang tinggalkan komen di mana2 blog,adakah korang memerlukan jawapan?Pada pendapat korang,perlu atau tidak pemilik blog membalas setiap komen pengunjung?

12 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Saye suke nengok sos dia dulu.. Hik hik.. :)

Bagus ye analogi black mel buat.. Heehee..

Hmmmm.. Balasan komen tu tengok jugak laa.. Ade orang yg style tak dtang balik nak tengok.. Ade plak yg style suka dtang balik esp yg kalau dia tinggalkan persoalan pada penulis atau mmg suka berborak dengan penulis.. Heehee.. Saye kalau ade mase baru saye balas, kalau tak, mmg tak balas.. Heee..

intan izani said...

kalau org yg komen tu tinggalkan soalan
ada baiknye respon
so menarik minat blogger nak komen lagi, tul tak? ;p

|.a.r.i.e.z.a.| said...

klu aku, 1st thing aku beli burger, tgk kebersihan...

so kiranya klu blog, bab kemas tak kemas :p hehe br sedap mata memandang...

Unknown said...

saya berguru ngan dak kecik...

lau burger,saya suke oblong burger..
1.kene beli dulu
2.rase Sos die
lau sedap,esok boleh beli lagi...

~~~sekian~~~nice info

khaulah said...

tengpk pembuat tu dulu

hensem ke tak..

NAJ HEBAT said...

saya nak beger kraby patty spongebob!!

NAJ HEBAT said...

tgk abg yg buat beger tu.. kalau hensem.. semua jalannnn!! zass!

- said...

uhhhh....ni tips utk jadi blogger berjaya...leh pula kaitkan ngan beger?
wowww~ amazing~ ececeh~ sila jgn bangga~ :p

Asma said...

mcm intan ckp, kalo doraang tinggalkan soklan baek jwb...
Kalo dog komen bese2 je, tak jwb pn ok...

Aku said...

good tips!
thanks~

Aina Rahman said...

mesti la kena balas..at least kat situ ade perhubungan dua hala. kerana xde la si tuan blog dan pelawat syok sendiri..hehe.

FaTiN said...

aku nak burger murah tapi sedap. kat mana boleh beli tu??

ehem..perlu esp when readers tanya soalan. mesti dia akan keep on visit blog tu until dpt jawapan-->pengalaman diri sendiri hehe