head

Nuffy

Wednesday, March 3, 2010

Tips Komputer

Alhamdulillah,lappy aku dah ok walaupun tak sepenuhnya.
Cerita dia macam ni,semalam aku pegi kedai komputer untuk ambik balik lappy aku sebab aku nak hantar ke center hp sendiri,dia cakap motherboard rosak sebab lappy aku auto shutdown lps 20-30 minit,pastu masa balik umah,aku teringat plak,maybe wayar adapter dia yang rosak,so aku pun pasang bateri dan biarkan lappy aku hidup 1jam,aku datang balik lepas 1 jam,lappy aku hidup,means adapter yang rosak,cina tu cakap motherboard.

So aku nak bagi tips kat korang kalau komputer korang problem dan korang try buat sebelum hantar ke kedai untuk repair,


1)Kalau pc/laptop korang keluarkan bunyi beep banyak kali-
Means pc/laptop korang ader problem dengan RAM,benda kat atas tu nama dia RAM(Random Access Memory).Sebelum korang tukar,cuba ambik pemadam getah(eraser) pastu padamkan kat gigi2 emas tu.Pastu pasang balik dengan betul dan ketat.Pastu try dengar,ader tak bunyi beep tu lagi,kalau takde,means dah ok.

2)Kalau hidupkan pc korang tp tak masuk ker window(os)-
Kalau korang hidupkan pc atau lappy korang tapi tak masuk ker window(os) selalu restart jer,Means thats os korang ader problem atau bateri cmos korang dah low.Bateri cmos(macam bateri jam)terletak kat motherboard korang harga dia cuma RM4-RM6 ikut tempat.Tapi kalau hantar kat kedai,diorang biasanya akan charge RM30 sekali dengan servis(konon).Belum diorang tipu lagi.

3)Kalau korang hidupkan cpu tapi takde respond-
Cuba check kipas power supply kat belakang cpu korang,hidup tak,kalau tak hidup means that power supply korang rosak,atau cuba pinjam power supply kawan korang dan test hidupkan.Kat lappy pun sama,bawah lappy korang ader kipas,check kipas tu.Tapi takleh tukar sendiri untuk lappy susah,untuk cpu senang sikit.

4)Format pc-
Benda ni paling senang nak buat sebab just klik2 next2,ok2 pastu dah siap,kalau dulu untuk format window 95-98 susah sikit sebab guna ms-dos,tapi sejak window xp dah senang..Try and Error,tak rugi.Kalau hantar kedai biasanya diorang charge RM30-RM60.Tak berbaloi.Just follow the instruction.Tak susah.

p/s:Kalau hantar ke kedai,memang selalunya kena tipu sebab diorang nak untung,tak salah kita chek sendiri sebelum hantar repair.Kalau tak biasanya diorang cakap motherboard rosak,processor rosak dan macam2 yang tak berkaitan.So,elakkan di tipu.

p/s:Kalau tips aku ni silap,sila tegur aku yer.Aku manusia biasa.Tapi aku rasa dah betul kot.