12 November 2009 dalam pukul 4 petang,aku mula membanggunkan sebuah blog yang akhirnya aku namakan sebagai 1221steps.Serius masa aku mula namakan blog aku ni,aku langsung tak terfikir maksud 1221 tu sehinggakan ramai yang bertanyakan apa pengertian maksud 1221 steps tu.Akhirnya seorang blogger yang baik dan lebih senior telah memberikan aku jawapan.TihaZainal memberi aku idea mengatakan 1221=izzi=easy. Selepas memintak kebenaran beliau aku mula mengatakan 1221=easy.
Entry aku yang pertama bertajuk Terus Melangkah tapi aku telah delete entry tersebut kerana terlalu banyak cerita peribadi aku didalam entry tersebut.Aku mula menjinakkan diri dalam dunia blog selepas membaca entry Thespian(Kisah Cinta), Juang Hidup(Luahan Perasaan), Cik Epal(Kehidupan) dan HBZ(Remix-xde specific ketegori).
Aku belajar daripada HBZ dan Melromeo.Melromeo pernah pesan kat aku masa aku ym dengan dia dulu"slow2,jangan kejar follower dan nuffnang,"Follower dengan Nuffnang akan datang dengan sendiri".Aku pegang kata2 beliau sehingga hari ini.Aku mula berkawan dengan semua blogger dan aku mula berbaik-baik dengan Cik Aina,Farenova,Pu3perak,Nina, HanaTantik, AriezaTheSengalGulz. AyuDeathWish ,DrFarhana, Iza, X-po, Mello, Eryqazz dan ramai lagi.Aku belajar tentang cara2 berblogging dan aku baca entry diorang yang kelakar dan berinformasi.
Kemudian aku mula berkawan dengan blogger2 yang pandai bercerita dan baik iaitu Lumut, Fhad, CGG, Ian, SiKosong, MissLolly, LiyanaHasim, IntanIzani, FatynNadia, Eryn, El dan seterusnya aku join group BTF bila aku rasa blog aku dah stabil.Aku join bukan saja2 sebab aku dah jumpa beberapa ahli BTF.Masa tu hapi betul bila diorang bercerita pasal game yang diorang main kat bilik,tukar2 hadiah,lumut nangis..hehe..dan tak lupa jugak ada blogger yang mendapat teman hidup hasil gathering tersebut.Walaupun BTF dah berkubur,kita masih boleh berbaik2,berjumpa,berhubung atas tiket kawan.
Kemudian aku jumpa pulak beberapa orang lagi kawan bermula dengan Sivv, Ribena, AppleCrispy, Frodo, Aki, Soleha, Taqie, Zack, Nawal, Ain, Eny, Hans, Aie, dan ramai lagi.termasuklah oldtrafford, erk888,yang aku selalu masuk bila ada game Man U main.Glory2.Aku suka berkawan dan aku suka baca cerita2 diorang.Dalam beberapa bulan lepas aku mula masuk blog keraknasik, penselkontot, nasikputih, afnie dan ramai lagi.Kelakar jer aku baca entry diorg,tapi ada jugak entry sedih macam nasikputih post entry "maafkan aku,sepatutnya kau lebih tahu"
Tapi,ramai jugak yang dulunya sangat aktif dah mula mengundurkan diri.Thespian,Awekvista,AyuDeathwish berehat dan ada yang berhenti dan ramai jugak yang semakin berjaya dan ada domain sendiri(dot com) seperti Mello,HBZ,CikAina,Farenova dan ramai lagi.Baru aku mengerti,persahabatan dunia maya jugak seindah dunia realiti.Entry sedih,aku terasa sebak dan entry gembira korang membuat aku tersenyum. dan entry korang dilanda masalah,membuat aku terpanggil untuk bersedia menjadi pendengar setia.ada jugak entry gila2 yang takde ketegori dan entry remix yang membuatkan perasaan bercampur baur selain seperti di landa mabuk laut.
Tapi semua tu tak kekal sebab telah ada blogger yang kembali ke rahmatullah tapi aku tak ingat nama arwah.Ada jugak yang telah menutup blog atas sebab peribadi dan kebizian yang melanda dan ada juga yang telah berhenti berblogging disebabkan hilang minat.Blogger datang dan pergi,satu blog tutup hari ni tapi akan ada 10 blog dibuka dan dibangunkan tapi pengalaman bersama blogger tersebut takkan sama dengan pengalaman bersama blogger baru.
p/s:Kepada blogger2 lama,teruskan berblogging kerana setiap blog ada follower tersendiri dan tak semua yang follow tu akan tinggalkan jejak tapi sedar atau tidak,cerita2 korang,pengalaman korang membuatkan ramai orang ketawa dan bersedih dan membuatkan pembaca belajar erti kehidupan.
p/s:Kepada blogger2 baru,selamat datang kedunia maya.Berblogging kena ikhlas,nuffnang letakkan di tempat ke 2 dan korang akan merasai keseronokkan berblogging.Aku pun masih belajar dan banyak kesilapan yang aku buat tapi sedikit demi sedikit kita berubah.
p/s:Aku nak mintak maaf kalau ada nama2 aku tak sebut dan kalau aku silap eja nama.Sori,aku tak letak link sebab aku busy.Blogwalking pun tak sempat.Kalau aku masuk pun tak sempat komen.Sempat baca jer.Entry ni panjang mesti korang boring nak baca..hehe...
p/s:Thanx jugak sebab bagi aku semangat,korang memang baik.
Letih dah jari menaip.Nak rehatkan jari jap.takut patah..