head

Nuffy

Showing posts with label saga BLM. Show all posts
Showing posts with label saga BLM. Show all posts

Monday, January 18, 2010

Perempuan,Apa Yang Cuba Korang Buktikan.

Aku tak pernah lagi buat entry berkaitan dengan gender sebab aku tak suka.Aku tak nak entry aku lebih pada mana2 pihak.Aku lagi suka entry berbentuk biseksual,mean,dua2 bole baca.Tapi hari ni ada seorang hamba Allah iaitu perempuan buat aku betul2 terpikir.Apa yang perempuan cuba buktikan?

Ceritanya macam ni.
Masa aku balik kuliah ikut jalan kampung,ada seorang minah ni bawak kereta tengah tunggu kat simpang.Aku dengan kawan aku ada 3 orang semua "lelaki" naik motor tapi bukan macam adnan sempit ok..So,masa jalan pelan2(jalan kampung mana bole laju),tiba2 jer minah sengal tu  boleh keluar simpang.Nasib baik sempat break.Kalau tak,abis motor ex-5 aku.Itu tak jadi masalah kat aku dengan kawan2 aku,

MASALAHNYA sekarang,itu jalan kampung ditambah plak dengan jalan rosak,apsal nak melintas depan kami jugak,apa salahnya bagi kami jalan dulu ko ikut belakang?Ini sebab ko jalan depan kami,kami terpaksa ikut bontot kereta ko perlahan2 ditambah dengan debu-debu berterbangan.Prihatin la sikit.Aku tau la ko pakai kereta,kalau ko bagi kami jalan depan kereta ko pun takpe sebab bukan ko bole laju2 pun.

So,timbul dalam benak fikiran aku,apa yang perempuan ni cuba buktikan?Adakah dia mampu pakai kereta mahal(Saga BLM) sedangkan kami hanya mampu pakai motor atau adakah dia cuba buktikan dia bole bawak kereta di jalan sempit?ataupun hanya kaum hawa jer yang boleh bagi jawapan untuk persoalan ini.

p/s:Takpayahlah buktikan apa2,masing2 ada kemampuan sendiri.

p/s2:Aku mintak maaf kalau entry ni menyinggung sapa2..Aku takde niat dan aku maksudkan segelintir sahaja.