head

Nuffy

Showing posts with label puteri sarah liyana. Show all posts
Showing posts with label puteri sarah liyana. Show all posts

Sunday, February 7, 2010

Gua Nak Lu Pikir La Sendiri

 



Semalam,abis jer exam,petang tu aku dengan member2 aku pegi beli tiket wayang tayang amal kat kolej aku.Malam semalam aku tengok citer lu pikir la sendiri kat university ni.Diorang ader buat tayangan amal. menjelajah kat university2 kat malaysiaSo dapat la aku tengok awal daripada tarikh tayangan dia.Tayangan rasmi kat pawagam2 kat malaysia ni adalah pada tarikh 11/02/10.Pelakon2 dia Mila Af,Nabil Raja Lawak,Puteri Sarah Liyana,Zizan pun ader dan ramai lagi artist2 fames.
 


Ini Puteri Sarah Liyana(gambar gugel) .Serius,dia memang cantik.Tak makeup pun cantik.Tapi dia dah ada pakwe dah.Pakwe dia berlakon citer Tari Tirana.Lakonan dia pun agak baik jugak la.Cakap pasal citer lu pikir la sendiri ni,sori..aku tak sanggup nak menipu.Pendapat peribadi aku la kan,citer ni memang pelik,aku tak tau nak ketegorikan dia macam mana,best ker,tak ker,berapa bintang ker,aku tak leh nak cakap.Aku tengok citer ni,aku macam lost jer... 

Nak tau best ker tak,sila pegi ker pawagam yang berhampiran.





Tapi pelakon yang paling aku minat dan admire tetap Lisa Surihani(gambar gugel jugak).Umur 24 tahun kalau aku tak silap.Aku minat betul dengan dia.Aku nak tengok filem baru dia Semerah Cinta Stiletto.Kalau orang cakap tak best pun aku akan tetap tengok.Walaupun muka dia muka garang,aku suka tengok dia berlakon.Kira agak2 berkesan la jugak.Aku suka tengok perempuan muka garang.Kalau pelakon laki,
aku minat pelakon adnan sempit Shaheizy Sam.


Lately aku selalu tengok filem2 Melayu.Walaupun ader babak2 yang cliche(eja betul ker ni) tapi siapa lagi yang nak menyokong industri filem tempatan kalau bukan orang2 tempatan.Adik aku study kat indon cakap,susah giler nak cari cd movie2 citer Malaysia kat sana.Tapi kat sini,bersepah citer2 indon.


So..best atau tidak filem melayu, Gua Nak Lu Pikir La Sendiri.