head

Nuffy

Showing posts with label meninggal. Show all posts
Showing posts with label meninggal. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia 01-01-11

gambar google(faizal yusof bekas suami siti nordiana)

KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung. 
Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. 

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.
 
Petikan akhbar berita harian

Drama lakonan arwah yang aku rasa menaikkan kembali namanya di persada seni adalah drama adamaya dan aku ada mengikuti drama terbaru lakonan arwah iaitu drama Tiramisu dan sememangnya dunia lakonan kehilangan pelakon yang hebat.

Takziah untuk keluarga arwah.Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.Al-Fatihah.

Sunday, October 10, 2010

Perginya Insan-Insan Istimewa

Semester ini berlaku kejutan demi kejutan di universiti aku dan secara tidak langsung membuktikan,ajal tak akan menunggu walau sesaat.Bermula dengan pemergian pensyarah yang berkaliber fakulti aku.Pemergiannya benar-benar mengejutkan ramai pihak kerana beliau masih muda dan sihat.Pensyarah tersebut merupakan panel aku semasa aku membentangkan Project Sarjana Muda aku semester lepas dan dia tidak hanya menanyakan soalan,tapi memberi contoh dan juga idea.

Hari ini pula dikejutkan dengan pemergian seorang insan istimewa yang merupakan classmate aku.Kami semua tahu dia memang ada penyakit dan dia mempunyai kelemahan dalam pembentangan assignment.Dia mempunyai masalah pertuturan yang kurang jelas akibat daripada penyakit yang dihidapinya tetapi,Allah mengurniakan dia akal yang sangat pintar.Dia mempunyai daya ingatan yang sangat baik sehingga kami menggelar beliau skema jawapan kerana ketepatan jawapan setiap kali test atau quiz.Sayang sekali kerana kami hanya tinggal dua semester sebelum bergelar graduan.

Namun,Allah lebih menyayangi mereka berdua.Perginya mereka dalam usia muda meninggalkan nama yang diingati disebabkan kebaikkan.Selagi kita bernama manusia,kita adalah insan yang tidak sempurna dan terdetik juga rasa terkilan aku disebabkan aku tak sempat memohon maaf kerana mungkin dia tidak suka gelaran "skema jawapan" tersebut.Aku cuma mampu sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.Semoga mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman.