head

Nuffy

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Updated:Fenomena Teacher Shida Berakhir



Dunia Facebook dan dunia maya kini dikejutkan dengan fenomena Teacher Shida yang membuat aksi miming secara melampau.Kalau korang belum pernah tengok video Teacher Shida atau Cikgu Shida yang diperkatakan tu,sila lihat video di atas.Terbaik dari ladang.Ramai yang mengkritik Cikgu Shida ni kononnya tak bersesuaian dengan budaya dan adat resam kita,tak sesuai sebab dia guru dan bermacam-macam lagi.

Cuba sesekali kita berfikiran positif.Kita sebenarnya jauh ketinggalan dari dunia barat.Maksud ketinggalan aku adalah kita selalunya malu tak bertempat,ingit aku tegaskan lagi sekali malu tak bertempat dan bukannya kemaluan salah tempat.Contohnya berapa ramai pelajar yang akan mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan kepada pensyarah..Situasi normal dalam dewan kuliah bila pensyarah tanya ada soalan?Masing-masing jawab takada konon paham abis dengan apa yang dia ajar.Kadang-kadang pensyarah tanya jawapan,dia sendiri yang jawab.Ini lagi teruk.

Jadi jadikan cikgu Shida ni pemangkin.Biar apa orang kata dia tetap buat apa yang dia minat.Hilangkan sifat malu tak bertempat.Keburukkan tak perlu disenaraikan kerana manusia bukan semua sempurna.Tapi cikgu ni memang terbaik.Kalau cikgu sekolah aku buat macam ni dulu,conform2 kena gantung sekolah(aku agak)

p/s:Ini link rasmi Teacher Shida kat dalam youtube.Banyak lagi video-video dia.Selamat menonton.

latest p/s:Teacher Shida dah memadamkan kesemua video mimingnya disebabkan ramai pihak yang tidak berpuas hati.Thanks to wenkt for the information.Untuk membaca luahan hati Cikgu Shida,korang boleh masuk link kat atas..

Monday, May 3, 2010

Pelajar Kini Lebih Hebat Berbanding Pensyarah

Survey ini menunjukkan berapa hari kah yang di ambil untuk pembaca habis membaca buku setebal 1000 mukasurat.

In how many days a 1000pages book can be read?

@Writer-6 month

@Lecturer-2 month

@Lawyer-1 month

@Student-1 Night before exam.

So,siapa lebih hebat??

p/s:Ini sms yang aku terima dari rakan aku,dan ingin aku tegaskan disini,mesej ini hanyalah berbentuk lawak jenaka dan survey yang dilakukan juga bukanlah survey yang betul..jangan ada yang terasa.

Friday, February 12, 2010

Kawan Makan Kawan Secara Halus

Kejadian itu berlaku masa aku form 2.Kelas bahasa melayu ada buat game peribahasa.Aku dulu bm kira top 3 la dalam kelas.mesti markah atas 90.Pastu cikgu aku pun buat game peribahasa.

Game tersebut,syaratnyer:

1)Buat satu peribahasa tapi peribahasa yang salah.
2)Pastu letak dalam balang kaca,goncang2..amik peribahasa dalam balang ikut turn.
3)Bila dah ambik,tanya kat kawan peribasa yang salah,pastu kawan betulkan.
Kat kertas tu,bawah sekali tulis jugak jawapan yang betul
4)Kalau kawan tak dapat jawab or jawab salah,diorang kena denda la.

Contoh:
Si A dapat peribahasa berakit2 ke hulu,berbasikal2 ke muara,Dia tanyakan si B pastu si B kena bagi tau peribahasa yang betul.Kalau si B tak dapat jawab dia kena denda.Orang yang buat peribahasa tu tak bole jawab.

Aku abis2 jer salahkan peribahasa aku pun sembang2 dengan member2.Pastu game pun berjalan .Memang happening la.abis jahanam peribahasa diorang salahkan.Gelak tak berhenti.

Pastu kertas peribahasa aku dapat kat sorang student chinese si K.Pastu dia pun start tanya.Rambut sama hitam tangan lain2.Betul tak?Dia tanyasi M.Pastu si M pun jawab.salah.Rambut sama hitam,hati lain2.Pastu si K ni cakap salah.Jawapan yang aku bagi rambut sama hitam tp ramai orang botak.

Terus student kelas aku gelak macam nak mati.Cikgu pun tanya student tu.tengok nama student yang buat peribahasa tu.Dah tentu la aku.tak pasal2 jer kena tarik telinga.tapi aku rasa aku dah buat jawapan betul.Takkan top student macam aku ni boleh bagi jawapan salah(Sori teriak sikit..hehe)..

Lepas jer kelas,member sebelah aku bagitau,diorang TUKAR jawapan aku sebab aku sembang bising2.Cilakak betul member aku.Nasib baik aku ni profesional,kalau tak dah lama makan bubur guna straw.Aku ingat2 balik,sekarang memang aku gelak.Kalau jumpa diorang pun puas aku kena bahan.
Hampeh.