head

Nuffy

Showing posts with label haram. Show all posts
Showing posts with label haram. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Ramai Yang Jadi Cacing Kepanasan Dengar Khutbah Hari Ini

Khutbah yang dibangkitkan hari ini adalah Merokok Hukumnya Haram. Sebelum khutbah, ada tazkirah sikit,masa tazkirah pun ramai yang panas telinga sebab isu pakai t-shirt berlambang dan beraneka logo dibangkitkan.Patutnya datang la guna baju Melayu,sebab dalam seminggu kita pakai baju Melayu ni sehari jer.

Berbalik kepada Merokok Hukumnya Haram,kat sini aku ada petik dari beberapa sumber.

Merokok HARAM - Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia ke-37

Fatwa merokok itu HARAM :-

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad 'Umar Hashim' (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain
lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

petikan forum-carigold.com

FATWA SEMASA MENGENAI HUKUM MEROKOK MENJURUS KEPADA HARAM


1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.


2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.


3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.


4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.
Sumber petikan-harakah daily

Ini sedikit sebanyak sumber yang aku petik dari website lain yang hampir sama dengan apa yang khatib tadi bacakan.Telah jelas dan nyata hukum merokok tu haram tapi masih ramai yang menghisap rokok dan kononnya nampak macho.Apa yang aku tak paham,tadi makmum masa dengar tu ramai yang "terhangguk-hangguk macam paham" tapi bila abis jer solat jumaat, tengah lintas jalan nak pegi kereta masing-masing,mulut masing-masing berasap(tak semua tapi ramai).Mungkin diorang tak paham bahasa Melayu kot.Lepas ni kena buat subtitle bahasa inggeris.


Tuesday, November 24, 2009

NUFFNANG


Morning post,Semalam,ramai jugak yang dah post total nuffnang yang korang dapat dalam tempoh seminggu dan ramai jugak aku baca yang slalu cash out nuffnang diorang.Ni adalah jumlah nuffnang yang aku dapat dalam tempoh 10 hari dapat dalam RM21.Walaupun tak banyak mana,tapi aku bersyukur jugak la.Sebab aku tak kejar sangat nuffnang nie.Harap2,bulan depan dah bole cash out.Hehe..Trimas kepada member2 blogger yang banyak menolong aku.

Kepada sesiapa yang dah klik nuffnang kat blog aku nie,aku akan cuba sedaya upaya aku untuk klik nuffnang korang.Jadi,sama2 untung,mcm mat salleh cakap"win win situation" .Banyak jugak la yang aku blajar dalam blog nie dan banyak jugak ilmu yang aku dapat bila aku baca post2 blogger lain.

Nak kena rajin blogwalking jugak untuk dapatkan klik yang banyak.Cuti sebulan nie aku harap dapat jugak la buat blogwalking lebih skit sebab nanti bila aku dah start masuk sem baru,aku x dapat nak online selalu.Walaupun aku dah macam addict dengan blog nie,aku tetap akan bahagikan masa dengan dunia realiti.

Aku jugak nak ucapkan trimas kat melz sebab dia banyak bagi nasihat kat aku tentang berblogging,satu benda yang aku ingat dia cakap,"Jangan kejar sangat nuffnang dengan follower takut nanti kita akan hilang keghairahan dan nikmat berblogging".Jangan risau bro,aku ingat tu.
Kepada sapa2 yang nakkan tips berblogging,bole masuk blog dia,dia bnyak bagi tips dan bole tanya dia terus.Melz,aku harap ko teruskan blog ko nie,walaupun ko nak guna wordpress nanti.

Aku ada baca post Siggplus yang duit nuff nie haram,xleh spend member2 sebab macam melacurkan blog sendiri?btul ker?aku baru nak blanja blogger2 lain bila aku cash out nnti.Hehehe...Trimas siggplus,ko menyelamatkan aku dari membuat benda2 haram.

p/s:apsal kadang2 langsung x ada iklan nuffnang kat blog aku atau blog orang lain?nuff tdo dgn lambang2 hilang.ader sapa2 tau x?



.