head

Nuffy

Showing posts with label gempa bumi. Show all posts
Showing posts with label gempa bumi. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Tsunami Di Indonesia,Perlu Kita Hantar Bantuan?

Malaysia Sedia Hantar Bantuan Ke Indonesia

Beratus-ratus penduduk maut, hilang dalam bencana alam terbaru Indonesia

JAKARTA: Ombak tsunami meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang, manakala 502 orang yang lain dilaporkan hilang selepas melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, semalam, berikutan gempa bumi yang kuat meratakan sejumlah kampung di tepi pantai.


"Kita bersiap sedia bila-bila masa sekiranya ada kebenaran dan keizinan daripada pihak Jakarta. Dia (bantuan) tidak menunggu permintaan, kita akan berikan tawaran dan kalau mereka terima, kita akan menghantar bantuan kita," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Paul W. Jones di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. 

-Petikan Berita Harian

Betapa pemurahnya rakyat Malaysia ini.Saja aku nak tau,kemana kehebatan pertubuhan BENDERA Indonesia yang mahir menggunakan buluh runcing?Tak mengapalah, aku tak pasti benda ni akan terjadi lagi atau tidak(helikopter bantuan Malaysia dibaling batu) dan aku tak pasti Indonesia akan menerima bantuan Malaysia atau tidak(kerana dikatakan sumber judi) yang pasti rakyat Malaysia akan setia membantu masyarakat yang memerlukan.

Bagi aku senang, bantuan harus disalurkan dan aku menyokong usaha kerajaan untuk membantu rakyat Indonesia kerana ramai juga rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di sana dan ini merupakan bencana alam, esok lusa siapa yang tahu.Walaupun kita geram dan marah kerana bendera Malaysia dibakar dan dipijak tapi kita masih ada sifat kemanusiaan.Kepada sebahagian rakyat-rakyat Indonesia yang sering bermusuhan dengan Malaysia,sila berfikir secara rasional selepas ini. Aku menyokong apa sahaja usaha kerajaan Malaysia, terpulang kepada kerajaan Malaysia.

p/s:Jangan sampai kera dihutan disusukan,anak mati kelaparan.
 
p/s:Tadi pukul 9.30 tadi ada program bersamamu kat tv3 tak?Aku tak sempat tengok sebab ada presentation tadi.

p/s:Takziah kepada keluarga mangsa.