head

Nuffy

Showing posts with label age. Show all posts
Showing posts with label age. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Bila Umur Jadi Pemisah

Orang putih cakap "Age is just A Number"(Betul ker bunyi tu?entah la..aku bukan orang putih).Orang putih jugak cakap "life begin at 40"?Betul ker?Aku pun tak tau.Abis sebelum 40 tu kalau tak life,nak panggil aper?

Apa kena mengena dengan 2 ungkapan orang putih di atas dengan tajuk aku?Sebenarnya aku lebih mempersoalkan pentingker untuk tau umur seseorang tu kalau kita nak berkawan?Anda rasa malu ker sekiranya berkawan dengan orang muda?Aku tak berapa pasti tentang orang lain,bagi aku selagi aku selesa berkawan,aku tak pernah tanya umur orang tu.Tapi kadang2 dah lama,timbul perasaan ingin tahu.

Aku akui,dalam beberapa sebab,umur memainkan peranan yang penting.Contoh Dr.Farhana, soal umur memainkan peranan penting dalam hidup beliau bila beliau nak mencari calon suami.Dia sukakan lelaki yang berumur.Berumur bukan bermaksud tua.Tapi matang.Harus di tekankan di sini.Ni bukan aku yang cakap,tapi dr farhana yang cakap.

Tiap2 tahun korang sambut hari jadi,tiap2 tahun korang celebrate hari jadi tapi,apa perubahan yang jadi dalam diri korang selain bulu idung makin panjang atau bulu dada makin lebat?Kadang2,kita tak sedar kawan kita tu masih muda tapi pemikiran sangat matang tapi bila kita dah mengetahui umurnya,kita rasa malu nak berkawan dengannya kerana kita dah set dalam minda kita,orang muda tak matang.

 Aku tinggalkan dengan beberapa persoalan:
@Adakah anda takut untuk ditegur oleh orang muda?
@Adakah orang yang berumur kurang sifat humor?
@Adakah anda rasa orang muda tak layak berkawan dengan anda?
@Atau anda sememangnya mencari orang muda sebagai teman?

p/s:Sori..Bi aku pun terabur..
p/s:Aku umur berapa?Penting ker?19(umur samaran)..

Tepuk dada tanya selera.Umur bukan ukuran untuk mencari teman.