head

Nuffy

Showing posts with label Slot Zehra. Show all posts
Showing posts with label Slot Zehra. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Slot Zehra:Ustaz Amirul





Semalam, 7 January 2011 balik jer dari makan malam aku duduk lepak-lepak depan TV tengok cerita terbaru Slot Zehra di TV3 yang menggantikan cerita Ahmad Durah iaitu drama Ustaz Amirul. Episod pertama semalam bagi aku agak baik dan mungkin disebabkan barisan pelakon yang hebat-hebat.


Drama Ustaz Amirul ni dibarisi antaranya pelakon utama Ashraf Muslim(gambar diatas),Eira Syazira,Siti Saleha,pelakon berpengalaman Lydiawati,Safura dan ramai lagi. Bagi aku watak Ustaz Amirul ni memang sesuai dibawa oleh Ashraf Muslim sebab dia nampak baik-baik jer.

Aku tak boleh nak ulas panjang sebab baru episod pertama cuma watak Eira Syazira jadi budak sekolah tu macam cliche sangat.Lakonan Zoey aku tak boleh nak nilai sangat sebab aku tak pernah tengok lakonan dia sebelum ni.

Apa-apa pun,jangan lupa minggu hadapan hari Jumaat pukul 9 malam TV3 sama-sama kita nantikan episod 2 Ustaz Amirul.

Sinopsis Ustaz Amirul:

Drama Ustaz Amirul di TV3 mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yangperlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari sebuah universiti Islam di Mesir.
Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhan imannya sebagai pemegang amanah Allah dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.
Ustaz Amirul juga berjanji kepada ibunya, jika dia tidak mempunyai calon isteri sehingga dia berusia 30 tahun, ibunya mencari siapakah wanita yang layak bergelar isteri.
Drama tersebut akan menggantikan Ahmad Durrah di slot Zehra setiap Jumaat bermula 7 Januari, pukul 9 malam.
"Saya perlu menyampaikan dakwah kepada remaja-remaja. Watak Ustaz Amirul agak berlainan seperti watak ustaz lain yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
"Ustaz pun seperti manusia biasa lain yang perlu berhadapan dengan keputusan dalam hidup," ujar Ashraf.



p/s:Kalau sesiapa yang terlepas menonton episod satu ustaz amirul,korang boleh tengok di tonton.com.my. Tapi korang perlu mendaftar terlebih dahulu.Pengesahan tak sampai 5 minit.Lepas regist,bukak email terus boleh log in.

p/s:Gambar di atas adalah capaian google.