head
Nuffy
Showing posts with label Selamat Hari Bapa. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Bapa. Show all posts
Sunday, June 19, 2011
Warkah Buat Abah
Sebelum aku ada blog, tak pernah aku wish Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Bapa kat kedua-dua orang tua aku, TAPI lepas aku ada blog dan aku dah mengenali asam garam kehidupan orang lain, aku tetap tak pernah wish Selamat Hari Ibu atau Selamat Hari Bapa (^,^)
Abah,
Sebelum apa-apa, angah nak wish Selamat Hari Bapa dan terima kasih kerana membesarkan angah dengan baik dan tegas.
Abah ingat tak dulu masa sekolah dulu, daripada darjah satu sampailah tingkatan lima abah memang tak suka nak pegi perjumpaa PIBG dan masa ambik kad laporan peperiksaan pun abah suruh ibu ambik kan. Jadi, bila dah naik sekolah menengah bila ada surat perjumpaan PIBG,angah tak bawak balik pun. Mintak maaf abah, tapi angah tau abah sibuk mencari rezeki untuk kami adik beradik.
Dulu masa sekolah dulu, abah selalu rotan angah bila angah dapat markah rendah. Dapat C pun kena rotan tapi angah tak kisah sebab angah tau abah memang pentingkan pelajaran sebab abah taknak anak-anak abah hidup susah nanti kan abah.Tapi angah tak pandai macam orang lain,keputusan cukup-cukup makan jer.Tak dapat sambung diploma kat ipta tapi abah suruh masuk ipts.
Masa hari pendaftaran kat IPTS tu semua orang datang dengan ibu atau bapak diorang, tapi angah datang sorang-sorang jer.Semua uruskan sendiri dan alhamdulillah,angah dah mula belajar berdikari. Takkan dah besar pun tak boleh nak uruskan sendiri kan abah. Abis jer pengajian diploma, masa angah tanya abah, abah nak pegi konvo angah tak?tapi abah gurau-gurau abah cakap diploma jer tak payah pegi.Masa tu memang sedih jugak tapi takpe angah janji angah bawak abah tengok angah konvo degree.
Pastu, tak ingat berapa lama tapi beberapa minggu tu, sampai surat konvo.Ibu tanya,nak pegi tak?Tak nak sebab angah dah kerja masa tu.Sayang nak ambik cuti lama-lama.Pastu abah suruh ambik jugak,ibu cakap takpe nanti ibu bayar.Tapi angah dah janji angah takkan pegi konvo diploma, angah ingat masa tu abah betul-betul taknak pegi.Mana angah tau abah gurau-gurau.Jadi,dalam keluarga kita yang dah masuk IPT, gambar konvo angah jer belum ada kat dinding,nampak sangat tak pandai.. :)
Masa tengah kerja pasaraya giant tahun 2008,pagi sebelum pegi kerja dapat surat melanjutkan pelajaran kat UTHM dan yup. Ijazah di Institut Pengajian Tinggi Awam. Alhamdulillah,syukur..harap-harap dapat jugak bawak abah dengan ibu pegi konvo ijazah angah.Dah packing siap-siap, bawak baju t-shirt 3 helai,kemeja 3 helai dengan seluar 3 helai jer sebab nak bawak naik bas susah. Abah nak hantar jauh, lagipun dulu masa diploma pun uruskan sendiri takkan masa degree nak mengada-ngada pulak kan. Tapi sehari sebelum bertolak, abah cakap "tido awal,esok kita bertolak pagi".Erkk...abah nak hantar???Terkesima jugak sebentar dapat jugak merasa ada orang kat sebelah masa pendaftaran dan inilah hadiah yang paling berharga abah bagi kat angah sebab abah ambik cuti 2 hari untuk hantar angah walaupun abah tak suka ambik cuti.Terima kasih untuk segalanya..Dan....
Abah,ibu..angah dah nak abis belajar,tinggal praktikal jer..kali ni nak jemput abah dengan ibu datang masa majlis konvo angah nanti.ibu dengan abah nak datang tak?
p/s:Selamat Hari Bapa untuk abah.
p/s:Aku harap nanti benda ni akan jadi bukti aku ada wish untuk Hari Bapa walaupun bukan berdepan dan Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa blogger dan juga kepada blogger yang dah jadi bapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
