
Diam tak diam,aku dah dua tahun dalam dunia blog ni(kalau ikut kalander islam).Kalau ikut kalander biasa pun nak dekat dua tahun la.TAPI itu kalau ikut tahun.Kalau ikut bulan,tak sampai dua bulan pun.Hehehehe....
Maal Hijrah atau Awal Muharram dikaitkan dengan perpindahan umat Islam ataupun penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. umat dari kota Mekah ke kota Madinah.Ini lirik lagu Awal Muharram:
Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman 3x
Walaupun simple,tapi penuh pengertian.Rajin2,nyanyi la yer.bukan susah pun lagu nasyid ni.
Selamat Menyambut Maal Hijrah aku ucapkan kepada seluruh umat Islam di dunia.
p/s:Post istimewa sempena maal hijrah