head

Nuffy

Tuesday, July 5, 2011

Kenyataan KFC berhubung kes ayam disapu ditapak kasut

Berhubung video seorang pekerja KFC yang meletakkan ayam ditapak kasutnya bagi yang belum tau,KFC dah buat pengumuman.

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan seranga terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd 

  sumber diperolehi dari laman sesawang KFC di SINI .

Ada versi Bahasa Inggeris kat situ.

Black Mel cakap:
Sebelum buat sesuatu yang menampakkan kita ni tak berilmu,sila gunakan sedikit akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t sama ada perbuatan kita tu elok atau pun tidak.
Tolong Amanah dan Jujur dalam menjalankan tugas korang sebab.Hormatnya orang tua-tua dulu sampai wujud perkataan "Jangan Gaduh Depan Rezeki"

Aku harap benda-benda macam ni dah tak berlaku dah lepas ni.Video tu korang boleh tengok di SINI.

p/s:Dah la sebelum ni pun jarang sangat-sangat makan KFC,lepas tengok video tu,lagi la jarang sangat-sangat..

5 comments:

intan izani said...

sape yg buat tu mmg jahat dan pengotor.

Cik Puan Kocik said...

mmg jahat budak yg buat tu...tak baik sungguh buat rezeki mcm tu

missgee said...

Errrrrrrr,
Akalkah lagi tue???
Hurmmmmm

BENA said...

bena makan kfc malam tu. esokkan tgk video tu . terus duk mikirrrr jek. errrr

xmo makan kfc larrrrr .

|.a.r.i.e.z.a.| said...

semoga yg jahat tu dpt blsn setimpal. tp kena igt gak, semua org hati jahat :)