head

Nuffy

Monday, February 21, 2011

Budak Kurang Kasih Sayang


Hari Sabtu lepas,aku dengan beberapa orang kawan aku buat camping kat bekok(gambar),macam biasa,semester last ni lah kalau nak keluar dengan kawan-kawan sekuliah beramai-ramai pun,lepas ni memang susah la nak kumpulkan kawan-kawan kolej balik sebab ada yang duduk sabah,sarawak,kedah,terengganu dan lain-lain.

Sampai jer pukul 2 petang,aktiviti pertama letak-letak barang,mula-mula nak bermalam dalam khemah,tapi terpaksa ubah plan sebab bila nak dekat malam jer keluar semut-semut besar yang saiz 2,3 kali ganda kerengga,so bermalam kat pondok rehat.

Lepas letak barang,kami semua pun pegi cari port nak mandi.Lepas aku dengan sorang kawan aku cari port,kami pun balik kat pondok tu.Bila dekat jer dengan pondok tu,aku dengan kawan aku nampak 2,3 orang budak mengelabah biawak nampak kami kat pondok tu,ingat budak tu kena sawan babi ker,biar jer la,pastu bila kawan-kawan aku semua berkumpul jer,check2 beg masing2,ada dua buah beg hilang.

Nasib baiklah kami dah kumpulkan barang-barang berharga dalam satu beg dan beg tu kawan aku bawak ke mana saja dia pegi.Kesian budak yang kurang kasih sayang dan bodoh sikit sebab curi beg pakaian jer,tu pun tak yah cari jauh-jauh,jalan sikit jer dah jumpa balik beg tu kat semak-semak berdekatan dengan pondok tu.

Apa yang aku bangga sangat-sangat ialah pencuri tu bukan berbangsa Melayu.Kalau tengok dari muka dia,aku rasa budak-budak tu tingkatan 3 atau 4.Kalau terserempak masa dia nak curi barang tu,memang kena parang dah tengkuk dia.

p/s:Pada sesiapa yang nak pegi camping kat bekok tu,sila bawak barang berharga anda kemana-mana anda pergi.Sebab aku syak budak tu orang yang tinggal kawasan situ,dia mesti datang balik.

p/s:Kesiannya mak bapak budak tu lahirkan anak tak guna.Baik namakan anak-anak diorang tu penderma hati ker,jantung,buah pinggang,berguna jugak untuk negara.

2 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

ish ish macam2 budak la ni

qellissa said...

abis tu bangsa apa?haisshh nasib baik xde barang berharga dalam beg tu..klu x, mmg rugi ler...