head

Nuffy

Sunday, January 9, 2011

Blogger AdukaTeruna Dipukul?

KUALA TERENGGANU – Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.
Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.
AdukaTaruna dalam entri blognya itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi.
Bagaimanpun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis.
Aku rasa berita ni tak abis lagi sebab kat bawah berita tu dia tulis nak tau lebih lanjut sila beli akhbar kosmo hari ini. Aku sebenarnya bukan taknak beli akhbar kosmo,tapi aku taknak merosakkan alam kita ini.Korang tau la kan,untuk jadikan kertas,banyak pokok-pokok ditebang dan bila banyak pokok-pokok di tebang dan apabila tak ada yang mencengkam bumi,tu yang berlakunya tanah runtuh.Lagi pun nak baca kejap jer,lepas tu dah nak buang.Kalau jual kat paper lama pun dapat berapa sen sangat dalam erti kata lain,aku tak ada bajet untuk beli surat khabar tiap-tiap hari.

So kesimpulannya,aku tak beli paper pun.Usaha aku buat link kat blog aku untuk tau berita semasa.
Sapa-sapa yang beli paper kosmo,sila bagitau aku kesudahan cerita ini.

3 comments:

Iza said...

Salam...

Wei, cerita ko tergantung. boleh pulak ko tefikir bab pencemaran alam. aku ni punya la nak tau kesudahannya sbb aku pun jarang2 nak beli paper.

black_mel said...

haha..sbb dlm kosmo online citer dia tergantung..haha...dia suruh beli paper kosmo..malas aku pg cari paper kosmo..hehe..

Fathiha Zainal said...

Itu kt tmpt tiha!!! Cmne sy tarak tau ni.. Hihi.. Smlm blk kg lahh.. Kne risik2 kt org2 kg rusila nih! ;p