Balik jer dari perpustakaan(macam poyo jer) tadi,aku singgah di dataran terbuka universiti aku untuk melihat pertandingan band-band iaitu battle of the band. Sempat jugak aku tengok 3,4 buah band membuat persembahan.Pertandingan tersebut adalah pertandingan terbuka kepada penyertaan luar.Maka,ramailah orang-orang luar datang untuk menyokong rakan diorang membuat persembahan.
Secara keseluruhan,bagi aku biasa jer sebab semuanya masih amatur.Nak setting alat muzik pun dekat 10-15 minit.Tapi tak mengapa,sekurang-kurangnya ada jugak pelapis artis-artis yang senior sekarang.Ada beberapa kumpulan yang membuat persembahan agak menarik iaitu berbeza dari kumpulan-kumpulan lain.Ada yang tampil dengan penyanyi perempuan,gitaris kidal dan tak kurang jugak dengan menggunakan dua orang penyanyi.
Tapi pertandingan tadi dicemari dengan suara-suara sumbang yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada band-band yang bertanding dan jugak kepada pengacara majlis.Konon diorang ni abis otai la leh sound-sound orang.Masalahnya,berani-berani diorang sound pun duduk kat belakang.Dah la duduk kat belakang,duduk kat tempat gelap lak tu.Kalau berani sangat,duduk la depan-depan sound,ini sound tapi duduk belakang-belakang.
Belum lagi bila pengacara turun cari pendapat penonton tentang band yang buat persembahan,baru jer pengacara tu turun 1 anak tangga dah lari bertempiaran.Tak baik maki-maki orang lain,pengacara tu pun ada kelemahan,band yang buat persembahan tu pun band amatur,mestilah ada yang kurang.Sekurang-kurangnya diorang berani mencuba dan ada bakat dalam bidang seni.Kalau rasa tak sedap,next time korang boleh try naik pentas lak.
p/s:Semua nak berhibur,ada band yang buat persembahan suka-suka,jadi tak perlu marah-marah,yang penting kita enjoy!!
7 comments:
cuba diorang yang main muzik, yang jadi emcee. tengok boleh tak boleh, hebat tak hebat sampai nak sound-sound orang. huhu
malu kontest tu tuk gadis pemalu cam aku ke?
tak kira lagi yg anon kat blog.. hoho
budak2 gtu sebenanye bajet jek .
tp bena rase dulu penah wat jgk ngn membe. hahahahaa~
yup..kalau x enjoy tgk band2 tu..kita balik jer
Cakap belakang memang berani..
Berani taik2 ayam..
Berani mati cakap depan..
memang jaranng2 kita temui..
haha same macam kat blog je, sound2 je anon..:)
Post a Comment