head

Nuffy

Sunday, October 17, 2010

Gaji Minimum Sektor Swasta dilaksanakan Jun atau Julai 2011

"SUNGAI PETANI: Gaji minimum sektor swasta akan dilaksanakan seawal-awalnya pada Jun atau Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam."
-Sumber berita harian-

Berita yang dah lama aku tunggu dan dah lama aku harap-harapkan akhirnya muncul. Aku pasti ramai yang setuju dengan penetapan gaji minimum ini.Walaupun masih belum dipastikan lagi kerana cadangan ini hanya akan dibentangkan di kabenet pada Mac tahun depan,tapi sekurang-kurangnya memberi harapan kepada pekerja swasta.

Buat masa ini pasaraya yang aku kerja dulu untuk gaji kakitangan awam masih RM600 sebulan berbanding gaji minimum yang diminta oleh pembantu rumah indonesia pulak RM800.dengan tempat tinggal,api dan air percuma.Aku harap harga minimum untuk kakitangan swasta nanti dalam lingkungan RM800-RM900.

Mungkin perbezaan RM200 tu tak terasa sangat bagi golongan yang berada tapi kalau bagi pekerja yang bergaji RM600,memang banyak perbezaannya,kurang-kurang lepas jugak duit minyak moto,beras,sedikit barang runcit dan minyak masak untuk sebulan.Susah nak hidup kalau gaji setakat RM600 sebulan.

Sebenarnya banyak lagi gaji minimum kerja swasta yang tak sampai RM700.Contoh kerja kat stesen minyak,kerja kat kedai 24jam,kerja fast-food,semuanya termasuk elaun-elaun tambahan itu ini barulah cukup RM700.Itupun selepas ditolak epf dan socso tetap tak sampai RM700.

p/s:Dengar kata pengambilan pembantu rumah dari indonesia dibekukan sementara waktu,ada sesiapa yang dapat sahkan tak benda ni?

p/s:Dikesempatan ini,aku jugak nak ucapkan tahniah jugak kepada atlet-atlet sukan komenwel New Delhi dengan pungutan 12 pingat emas, 10 pingat perak dan 14 gangsa. Satu pencapaian yang dibanggakan.


5 comments:

Asma said...

Aku paham. Penah gak gaji RM700 sebulan. Ujung bulan abes gitu jer byr loan, mkn n transport.

Time member ajak pi mana2, bukan maen lg mencongak dlm kepala.. Takkan balik2 mmber je yg belanja...

BENA said...

bagi bena kalo gaji 600 700 ckup la kot . kalo bg bena yang bru nak start keje laaa. hee~

Cik Aien said...

sempat lagi selit pasal sukan :p

Unknown said...

elok la krjn buat penetapan gaji minimun yg baru..gaji 600 pd zaman skrg ni dah x mncukupi dgn keperluan dah..

bebel bubble said...

yes, i second that. haha.
gaji 6-700 pun xckup lgi zaman skrg. plus, kos sara hidup pn makin tgi.


spe yg gaji 600-700 mmg kena bajet r.


:)