head

Nuffy

Tuesday, September 28, 2010

Hantu Indonesia Yang Tidak Menakutkan

Selesai menghabiskan beberapa cerita hantu Indonesia dan aku rasa kesimpulan yang dapat aku sampaikan mengenai cerita hantu-hantu Indonesia terdiri daripada Darah Perawan Bulan Madu, Hantu Rumah Ampera, Keramat, Kutukan Suster Ngesot dan Paku Kuntilanak tak menyeramkan tetapi menyeronokkan.

Babak-babak wajib yang hantu akan keluar ataupun seharusnya ada hantu keluar dalam cerita hantu-hantu indonesia ialah:
@ Masa tengah mandi
@ Masa baru melelapkan mata
@ Tengah cari kawan hilang
@Terjatuh dalam perigi
@dll

Melalui beberapa pemerhatian aku melalui filem-filem yang disenaraikan semuanya menggunakan wanita sebagai aset untuk melariskan filem.Secara logik akal,pasaran filem indonesia terlalu besar dan dalam setahun Indonesia mengeluarkan beratus-ratus filem atau mungkin beribu-ribu filem dan bagaimana untuk bersaing sesama sendiri? 

Caranya mudah iaitu kebanyakkan filem seram indonesia menggunakan wanita sebagai aset.Kalau korang tak percaya,cuba korang lihat sendiri senarai filem-filem yang aku berikan diatas.Kalau korang pernah menonton 1 atau 2 daripada filem tersebut,pelakon wanitanya mesti pakai baju tak ada lengan walaupun masuk dalam hutan belukar.Macam tak logik pun ada masuk hutan pakai baju takada lengan ataupun sleeveless.Baju transparent,pakai baju tak pakai seluar dan macam-macam lagi lah.

Jadi kesimpulannya sudah tidak ada lagi hantu yang menyeramkan keluaran Indonesia yang aku tengok setakat ini.Sekiranya korang nak rasa adegan terkejut-terkejut,boleh la korang tengok filem-filem tersebut.Puaka Nyang Rapik movie walaupun tak berapa seram tapi karya pengarah Malaysia ini menggunakan lelaki sebagai aset.Terbalik pulak cerita hantu kat Malaysia ni.

5 comments:

|.a.r.i.e.z.a.| said...

apa kata ko try jd hantu wanita kt malaysia :p hik~

Unknown said...

film hantu yg disebut tu mmg x seram..tu citer hantu + dot3
try tgk sundel bolong

¶A.K.I¶ said...

ughh...
komen komen komen!~

[sbb tak reti nk komen ap...]
[tak lyn antu2~ ni]
[baek ak je yg menghantui diriku]

missgee said...

Harap tajuk je Seram..
Sekali nengok??
ayam serama pun tak seram..

Iza said...

Salam...

ada tak cerita hantu yg betul2 seram sbb aku tak pernah rasa seram pn tgk cerita seram/ hantu....
aku tgk sorang2 ke, tgh2 malam ke....biasa je. nk jgk aku rasa seram seperti org lain seram....
aku tak ada perasaan ke?