head

Nuffy

Wednesday, September 22, 2010

Aku Maluuu


Contest Aku Maluuu dianjurkan oleh KataKila. TAPI ingat!!!! jangan gelakkan gambar kat atas  nie (dia marah nanti)..aku tak gelak...Sekiranya berminat dan untuk mengetahui syarat-syarat serta hadiah yang ditawarkan, korang bolehlah klik SINI.

Situasi:Semasa Solat Jenazah(cerita seram).
Watak antagonis: Fuad(memang jahat)
Watak protagonis:Aku(watak utama yang baik)

Kisah ni terjadi masa aku tingkatan 2,3 kalau aku tak silap. Masa tu aku tengah kat sekolah,mak aku dapat panggilan cakap atuk saudara  aku meninggal.Terus kami anak beranak tergesa-gesa pulang ke kampung. Sampai jer at kampung saudara aku si Fuad ni ajak aku join solat jenazah sebab dia cakap nanti boleh dapat duit RM2,surau aku lak kecik so kena buat dua sesi boleh dapat RM4.Naik dah symbol duit kat mata aku.

Masa kat dalam surau,aku tengok jemaah solat jenazah ni duduk rapat-rapat.Mungkin diorang tengah rapatkan saf kot.Imam pun angkat takbir yang pertama.Baca Al-Fatihah kalau tak silap.Pastu imam takbir lagi sekali.Masa imam takbir kali kedua tu aku pun dengan slumber kambeng jer rukuk,TAPI bila aku jelling ke kiri ke kanan orang lain tak rukuk-rukuk pun,RUPA-RUPANYA barulah aku tau Solat Jenazah takde rukuk.Dengan muka merah padam dan maluuu tahap dewa(tahap tertinggi) aku berdiri balik sambung solat.

Tapi yang aku tak boleh belah saudara aku si Fuad kat sebelah ni sembahyang bahu terangkat-terangkat. Cilakak betul,tengah sembahyang dia boleh gelakkan aku.Kisah nih tak abis kat situ.Sampai jer kat rumah,diapun bukak cerita kat saudara mara ngan pakcik makcik aku yang lain dan masa tu aku rasa macam ajal si Fuad nih dah dekat jer takpun taklama lagi dia ni makan nasik guna straw.

Apa-apapun yang penting aku buat dua trip jugak solat jenazah tu sebab nak dapatkan RM4(sebenarnya dapat RM8 sebab aku keluar pintu depan masuk pintu belakang..rahsia..)
p/s:Pengajaran?Solat jenazah takde rukuk

3 orang yang tersangat bertuah dan fames aku nak tag adalah:



11 comments:

Unknown said...

hahahhaaha...lwk cite ni...mesti malu giler...apa-apa pun all the best..semoga berjaya..

BENA said...

hahahahaahaha. dah dapat agak dah mesti rukuk nye hal nih.

kata kila said...

kalau kila kan. mesti tergelak jugak.hahahaha

thanks joining!

Unknown said...

biasa la watak utama baik lak tu..mmg selalu terkena..haha

Syafiq Kadiran said...

wakakaka...naseb bek xjadi imam..kalo x, habes!!!hahaha

SUHAIDA said...

sudah baca entri ni jom join http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/09/peraduan-memori-di-pagi-raya.html

Anonymous said...

pengajaran : jangan pi main tekken masa class agama!

thanks. nt aku tekan keyboard aku bg jadi entry untuk contest ni.

Asma said...

Huhu...
Aku pun malu giler baca ni...
Ko leh menang la bro...

Ieqa Swetluv said...

hahahaha.. mintak mahap la x tahan nak tergelak jugak hehe

Faarihin said...

singgah sini..

hahaha.. lawak btul la...

azrin said...

Tuler jarang-jarang sembahyang jenazah kadang-kadang boleh terkantoi