head

Nuffy

Wednesday, March 10, 2010

Penulisan dan Identiti

Sebenarnya,tajuk ni ramai yang orang dah buat,tapi aku nak bangkitkan benda ni sebab ramai yang cuba menjadi orang lain.Bagi aku,biar buruk sekalipun penulisan tu,tapi aku rasa lebih mulia dari orang2 yang copy paste or plagiat penulisan orang lain.Setiap orang ada gaya penulisan tersendiri dan kita sendiri ada hak untuk tekan simbol "X" sekiranya kita tak suka gaya penulisan blog tersebut.Mouse ditangan anda,anda boleh memilih blog yang mana anda suka.
Sebab aku bangkitkan citer ni sebab blog sahabat maya aku esoksemalam dikritik kerana penulisan beliau sama dan tidak berubah.Memang la penulisan dia sama sebab orang yang menulisnya adalah orang yang sama.Sama jugak macam kalau kau selalu makan tangan kanan,tiba2 nak makan guna tangan kiri,janggal tak?kalau kau selalu kencing berdiri,takkan tiba2 kau nak kencing duduk.Mesti janggal kan.Ambik masa jugak untuk berubah.So lebih kurang macam tu la.Itu aku bagi perumpamaan,aku tak maksudkan sapa2 yang kencing berdiri or duduk.
Macam tu jugak sahabat aku sound cakap penulisan aku tak ada seni,Aku pun perasan,kadang2 penulisan aku macam melepaskan kentut sambil berjogging,memang aku tengah cuba perbaiki,bagi aku masa.Aku semester ni busy sikit.Bukan saja2 aku tulis macam tu.Penulisan melambangkan identiti masing2 dan untuk Lumut, tolong kembali,Kepada FIKA a.k.a. penulis undangan lumut,ko pun hebat,tapi aku dah biasa dengan penulisan dia.kalau kau buat blog baru,inform aku,aku akan sentiasa melawat blog ko.

p/s:Kritikan itu perlu tapi jangan sampai menjatuhkan orang lain.Walau sehebat mana pun kita,kita tetap hamba kepadaNYA.Semua orang ada kelemahan dan kelebihan.So bersyukur atas apa yang kita ada.