head

Nuffy

Friday, January 1, 2010

Happy Birthday Fathiha


01-01-10.Aku memulakan entry aku ni dengan ditujukan khas buat insan bernama Tiha.
Korang jangan salah paham pulak. Dia merupakan sahabat aku didunia maya ni yang aku tak kenal di alam nyata tapimenjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang sahabat.

Entry ni jugak merujuk kepada birthday contest fatiha zainal.Kalau tak silap aku hadiah pertama tv plasma sony 42".Kalau tak silap la,kalau silap sorry...rajin2 la korang view page dia.Ini 1st time aku masuk pertandingan2 melalui blog dan kebetulan 1st time ini jatuh pada contest yang dia buat.Tarikh tutup contest ini adalah pada 10 January 2010.


Cerita bermula....
{

Jam didinding berdetik menandakan jarum telah menunjukkan pukul 9.29 pagi.Seorang suami setia menanti disamping isteri tersayang yang bertarung nyawa di sebuah rumah kampung di Kg Raja,Tepoh,Kuala Terengganu iaitu milik nenek Tengku Peah yang merupakan ibu kepada
suami dan isteri tersebut dan tepat pukul 9.30minit pagi,lahir la cahaya mata milik Tg zainal Abidin dah bonda ampuan.Terpancar air jernih yang mengalir di pipi Ampuan dan Tg zainal tanda kegembiraan pasangan tersebut.Jarum jam di dinding tersebut juga bagaikan terhenti seperti meyambut kelahiran cahaya mata sulung pasangan tersebut.Tiada lagi kata yang dapat mengambarkan kegembiraan pasangan tersebut yang menyambut kelahiran puteri sulung mereka dan diberi nama Tg Nurfatiha,seindah nama semanis pemiliknya.

Hari demi hari Tg Norfathiha membesar dan seperti mengerti pengorbanan dan kesusahan ayahanda dan bondanya untuk membersarkannya,dan sedikit demi sedikit kejayaan dicapai dalam hidupnya.Bermula dengam memperoleh keputusan yang cemerlang di SK Rusila,beliau terus membanggakan ayahanda zainal dan bonda ampuan dengan menyambung pengajiannya di SMK(A)Sheikh Abdul Malek.Beliau bagaikan mengerti kepayahan dan kesulitan yang dialami oleh ayahanda dan bondanya dan sebagai balasan,beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan sebagai seorang pelajar.Pengorbanan beliau sememangnya masih belum cukup untuk membalas jasa ayahanda dan bondanya,tapi itulah sebagai tanda terima kasih beliau kepada orang tuanya.

Penilaian Menengah Rendah(PMR)merupakan titik permulaan beliau untuk menentukan hala tujunya sebagai seorang pelajar dan langkah dalam usaha menjadi seorang manusia yang berguna,ayahanda dan bondanya tidak putus2 berdoa supaya puteri kesayangan mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dan alhamdulillah,hasilnya beliau berjaya melanjutkan pelajaran di MRSM Kuantan,Pahang dan beliau tidak lagi menoleh kebelakang.Berkat doa dan hasil kesungguhannya,beliau berjaya menjejakkan kaki di Kolej Matrikulasi Pahang,selangkah sebelum menjejakkan kaki di menara gading.

Akhirnya,pada tahun 2006,insan yang bernama Tg Norfatiha Zainal bt Tg Zainal Abidin membuatkan ayahanda dan bondanya menitiskan air mata sekali lagi apabila beliau berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan bergelar Mahasiswi Uitm Perlis.Walaupun berjauhan,semangat dan doa ayahanda dan bondanya mengiringi ke negeri Indra Kayangan tersebut.Sepanjang pengajiannya,sesekali perasaan rindu menghiris dan meruntun jiwanya. Namun,perasaan itu dijadikan semangatnya untuk terus belajar.Biar kesunyian menguasai diri namun perjuangan diteruskan.Hampir 3 tahun beliau menyambut hari lahirnya pada 3 January setiap tahun tanpa kehadiran ayahanda dan bondanya,namun beliau masih bersyukur kerana dapat menyambut hari lahirnya disamping sahabat dan teman.

April 2009 beliau berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang IT dan merupakan hadiah hari lahir beliau yang begitu berharga.Ayahanda dan bondanya tumpang gembira dan kejayaan tersebut dihadiahkan kepada ayahanda dan bondanya yang bersusah payah membesarkan beliau selama 22 tahun.Kejayaannya juga menjadi pendorong dan sebagai inspirasi kepada adik2nya.Itulah hadiah hari jadi yang paling berharga dalam hidupnya dan beliau dapat melihat kegembiran terukir di wajah kedua orang tuanya.

Hari ini pada 3 January 2010 Tg Fathiha Zainal menyambut hari lahirnya yang ke 23 dan telah memperoleh kerjaya di Kolej Multimedia Timur.Beliau masih lagi meneruskan perjuangan hidupnya dan masih mampu membuat orang tersenyum. Aku sebagai sahabat maya beliau ingin menghadiahkan cerpen ini kepadanya sempena hari jadinya yang ke 23.Ingin aku tegaskan disini.Tujuan aku membuat entry ini bukan hanya untuk memasuki contest yang dianjurkan beliau tapi,inilah erti persahabatan. SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 23 TIHA.SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.Terima kasih kerana sudi menjadi seorang insan yang bergelar sahabat.

}

p/s:beliau yang di atas merupakan Tg Norfathiha Tg Zainal Abidin a.k.a Tiha(Ubiquitous Moment)

p/s:SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 23

P/S:peraduan 1 yang aku masuk actually sepatutnya just pasal ucapan hari jadi jer..Tapi aku dah boring,aku buat cerpen pasal hidup beliau.Kalau disqualified pun takpe.Bukan rezeki aku.

p/s:sorry to tiha sebab curi gambar tanpa di maklumkan terlebih dahulu dan nak mintak maaf jugak kalau ada maklumat yang kurang tepat dan ada jugak yang tambah sendiri(baru dramatik skit..hehe)

p/s:Bahasa peringkat tinggi ni aku guna.Berat mulut membaca,berat lagi tangan menaip.Kalau bahasa komputer,high level language ni macam cobol,pasca atau fotran.(Aku dah merepek).

p/s:beliau salah seorang rakan maya aku yang terawal masa aku mula2 buat blog,kira top 5 jugak la.kepada sahabat ku yang lain,jangan kecik hati sebab ini hadiah hari jadi aku untuk dia.

p/s:Sila abaikan kesalahan tatabahasa dan perbehandaraan kata.Sajak aku dah buat,pantun aku dah buat,hari nie cerpen.

p/s final:Aku rasa aku buat cerpen,Korang baca ada bunyi cerpen tak?

20 comments:

Fathiha Zainal said...

Wow!! Nice story mel! Huhu.. Terharu.. Terharu. Ada silap ckit2 tiha abaikan. Yg penting the creative way u wish birthday to me. Tenkiu tenkiu and tenkiu sbb join. :D

black_mel said...

Fathiha Zainal :hehe...wc..igt dh out..rupa2nya ader lg..malu sy..hehe...

Cheese Monster said...

hurm.tiha.nnt aku wish biase je la.dah tw sape menang contest ni.haishh

black_mel said...

hBz:oit...buat header la..guna php..kepakaran lu tu bro..kad ucapan pun ok..lu kan sifu gua..

Unknown said...

memang macam cerpennn :D

Fathiha Zainal said...

to hbz: Alahaii.. Awl2 dh back off. Hehe.. =p

black_mel said...

cik EPAL:hehe..thnx..bgus2..

black_mel said...

Fathiha Zainal :erk..haha...hantar msg kat hbz ikut sini mana dia nak baca..

IxoR@ said...

Pandai Mel wat cerpen...

ahhh...klu sy mau berkerut dahi nak wat ayat.... otak dah tak mampu nak fikir....

:)

semoga berjaya...

black_mel said...

IxoR@:thnx..xde la pandai sangat...sajer jer try...cerpen tu pun bnyk error..hehe..

Cheese Monster said...
This comment has been removed by the author.
*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

sejibik mcm cerpen..klu jual sure laku punya..hehe..

black_mel said...

♥akukahmilikmu®♥ :haha..ooo..perliyer..hehe..thnx..

aida said...

best cerpen ni.. hohohoo good luck22.. =D

black_mel said...

NiNa':thnx...saja2 masuk contest..hehe..tp rmai lg yg terrer..x harap sgt pun..;)

black_mel said...

hBz:apsal delete komen?dh jadi no ganjil lak komen aku ni...argghhhh..aku nak reply jugak komen ko tu..baru jadi angka genab balik..hahaha..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

wah~

cool tu~

=]

black_mel said...

LORD ZARA 札拉 :haha..bole la sikit2..

Sumijelly said...

dah macam kisah hisuop ku jer...
hehehehe.... ok la..
pandai pun karang cerita....

http://sumijelly.com

black_mel said...

Sumijelly :haha...bole la sikit2...tu pun maklumat dia yg bg,...