head

Nuffy

Saturday, January 9, 2016

Azam 2016 - Kembali ke pangkal jalan

Alhamdulillah, di kurniakan kesempatan untuk menulis bagi permulaan tahun 2016.
Rasa kekok pula nak mula menulis dekat blog. Untuk permulaan Azam 2016 Cek adalah kembali ke pangkal jalan.

Solat 5 waktu
Ini Azam paling utama walaupun solat lima waktu ni wajib, tahun-tahun lepas rasa macam banyak pulak solat yang terlepas tanpa rasa bersalah tapi 2015 Cek dah start balik dah solat wajib 5 waktu ni. Ada ketukan keras kat hati Cek ni ha. Free nanti Cek cerita sebab kalau Cek cerita semua kat sini tahun depan pulak la entry ke-2 nanti.

Al-Quran
Yang ini pun kena start baca dah sebab nanti ada kematian ka, bacaan yassin kat sekolah anak-anak or adik-adik kita nanti takdaq la duduk kat belakang-belakang main COC. Alhamdulillah jugak dah start.

Buat masa sekarang ni Cek fokus 2 benda ni dulu. Memang niat ada nak buat solat-solat sunat dengan amalan-amalan lain tapi dah power 2 benda ni baru start yang baru.

p/s: Bila masuk waktu korang rasa gelisah tak solat lagi tu tanda2 korang still di jalan yang lutus. InsyaAllah

p/s/s: Cek dah buang entry Fathia nampak "tetek" dulu tu. Aib orang tak baik jaja walaupun nampak sikit ja.

Bersawang blog. Orang pun tak mai.hehe. Takpa Aku tulis aku baca balik. ;)




Wednesday, August 14, 2013

Soundtrack Ijab dan Qabul

Gambar Google(Sekadar Hiasan)


Mula-Mula dengar lagu Soundtrack untuk Telefilem Ijab dan Qabul lakonan Nora Danish dan Adi Putra aku rasa dah tertarik dengan melodi lagu ni. Lagu yang bertajuk Dengarlah Bintang Hatiku dendangan kumpulan Demeises ini boleh dikatakan lagu lentok.



Dengarlah Bintang Hatiku- Demeises

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
 Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
 Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
 Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh
 Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
 Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
 Walau ku tahu ragamu tak utuh
 Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
 
Lirik dari Kapan Lagi 
 
Kalau Sayang Seseorang, Kita Sanggup Berkorban demi membahagiakannya.
Tapi Seberapa Banyak atau Seberapa Besar Sayang kita itu jangan sampai melebihi sayang kita kepada Allah S.W.T 

p/s: Kadang-kadang aku pun rasa sunyi tak ada tempat untuk luahkan perasaan, jalan terbaik merintihlah pada Allah S.W.T. Kerana DIA maha mendengar.

Thursday, August 1, 2013

Tepung Talam atau Seri Muka

Gambar Sekadar Hiasan(Ambik Kat Google)


Bulan puasa atau bulan tak puasa kuih tepung talam atau seri muka ni memang menjadi kegemaran aku. Kalau aku pergi bazaar ramadhan, makanan pertama aku cari kuih ni la. Kuih lain bukan tak menyelerakan atau bukan aku tak makan, tapi tekak aku ni suka kuih ni jer.

Tersebutlah kisah bulan ramadhan tahun ni bazaar bukan lagi tempat aku mencuci mata macam tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni Ramdhan hari ke 5 atau ke 6 baru aku teringin pergi. Macam biasa, mata aku melilau mencari anak dara makcik yang menjual kuih ni. Pucuk dicita ulam mendatang, turun jer kereta, nampak makcik ni jual kuih muih dalam talam.

Dengan ramahnya aku macam iklan dalam tv1 atau tv2 "budi bahasa budaya kita" tu aku bertanya. "Makcik, kuih ni seketul berapa"? Dan dengan senyuman manisnya dia menjawab "Sepotong RM1". Maka terkejut beruklah aku kat situ dan dengan tersipu aku beredar. Kalau aku beli pun buat sakit hati, jadi berjalan lah aku lagi kehilir bazaar ramadhan sambil terfikir setahun berapa kali makcik tu pegi haji?.

Dipendekkan cerita, selang 6-7 buah gerai, ada awek indon jual kuih ni jugak 5 biji RM 2 kecik sikit dari kuih makcik tadi. Benda yang aku nak cerita kat sini, kalau boleh aku nak tolong warga tempatan, tapi kalau dah cekik darah, baik aku beli kat indon. Rasa tak jauh beza pun dari orang tempatan punya kuih.

p/s: Hari ni 23 Ramadhan, aku singgah lagi kedai makcik kuih RM1 seketul tu. Saja tanya harga kuih dia. Alhamdulillah, dah turun 2 potong RM 1 tapi aku tetap tak beli. Aku beredar sambil tersenyum.

p/s: Sebab apa kuih ni dipanggil tepung talam? Sebab masak dia dalam talam tapi sebab apa kuih ni dipanggil Seri Muka? Kalau tak sedap sapu kat muka sendiri,nampak berseri2.

p/s: Nenek aku pun suka kuih ni rupanya. Meniru betul nenek aku. Cari la kuih lain.