head

Nuffy

Wednesday, October 27, 2010

Sila Merendek Di Tempat Yang Sepatutnya

Jarang,jarang sekali aku pergi perpustakaan dan walaupun jarang-jarang sekali aku pegi,aku terjumpa banyak persamaan sama ada di perpustakaan kolej lama,perpustakaan kolej baru dan jugak perpustakaan negeri (ini bukan jarang-jarang,tapi kadang-kadang).

Seperti yang diketahui umum,perpustakaan bukanlah tempat "merendek" yang sesuai tambahan pula perpustakaan negeri kerana perpustakaan negeri tu bukan orang-orang muda jer pegi,tapi orang-orang tua dan kanak-kanak pun pergi ke sana untuk membaca atau meminjam buku tapi terdapat sekelompok kecil manusia yang datang berdua-duaan dan berlainan jantina duduk berhimpit-himpit. 

Kadang-kadang memang niat kita datang berdua-duaan dengan couple kita tu niat nak study tapi apa orang sekeliling tengok lak kan.Dah tu pilih pulak tempat paling "tercorok", memang nanti orang akan salah anggap niat murni kita tu. Paling elok kalau nak study dengan orang tersayang pun,bawak kawan 2,3 orang,kurang-kurang tak la nanti orang pandang serong.

Banyak lagi tempat lain kalau kita nak "merendek" selain daripada perpustakaan, walaupun perpustakaan tu ada air cond, ramai orang rasa panas dan tak senang duduk bila duduk bergurau senda,gelak-gelak,cuit-cuit dan bertepuk tampar kat dalam perpustakaan.

p/s:Belajar bahasa baru.
*Merendek=berdating
*Tercorok=tersembunyi

p/s:Tips berblogging:Jangan gunakan bahasa pelik-pelik macam aku guna untuk jadikan tajuk entry sebab bahasa pelik2 ni tak mesra keywords dan tak mesra search engine.

8 comments:

Pieka said...

yeah sokong! sakit mata dgn mereka yg buat library mcm taman bunga! :D

Pieka said...

first! :D

White Bird said...

kalu kat perpustakaan terengganu setahu dan seingat aku tak boleh lajar sekali dengan laki.. duk meja lain2 tkpe.. nak study group boleh tapi ikut istilah diatas bergroup bukan berdua je

Ieqa Swetluv said...

betul tu setuju setuju.. tempat baik-baik jadi tumpuan orang yang punya niat x baik..sakitkan mata jerk huhu

Unknown said...

penat jer sohaimi mior hassan nyanyi..
" boley pandang2..
jgn pegang2..
duduk renggang2.."
dah jelas2 x elok duduk dekat2 neyh...nnt ilmu lain yg dpt..:)

Asma said...

Kan..
walaupun dorg tak bising, tp berdua2an di tempat tercorok tetap tarik perhatian orang...

Unknown said...

x pena lagi tengok kejadian ni. sebab pegi library pon tak. haha

BENA said...

kalo bena dmpk orang duk merendek. lagi bena pandangggggggg jek. bia die malu. HAHAHA


huhu. sowi kalo bena jarang ke blog blackmel. sbb hilang smngat. huhu

thanx ekk slu dtg blog bena. heee~